Nasehat Di Penghujung Akhir Bulan Ramadhan
💺 al Ustadz Usamah Faishol Mahri حفظه الله
📆 Rabu, 20 Ramadhan 1441 H / 13 Mei 2020 M
Ikhwah sekalian tanpa kita sadari 20 hari telah terlewat dari romadlon, sisa 9/10 hari maka mari kita ingat Beberapa Amalan Sunnah Dalam Sepuluh Terakhir Ramadhan
🍂 Aisyah berkata, “Rasulullah jika memasuki sepuluh terakhir (Ramadhan) baginda :
1⃣ Kencangkan ikat pinggangnya (bermakna baginda lebih bersungguh-sungguh dalam ibadah atau bermakna baginda menjauhi isteri-isterinya, tidak bercumbu dengan mereka),
2⃣ Menghidupkan malamnya,
3⃣ Dan baginda membangunkan keluarganya.” (HR Bukhari & Muslim)
☝🏼Imam Sufyan ats-Tsauri berkata,
“Aku senangi jika sepuluh terakhir (Ramadhan), seorang muslim lebih bersungguh-sungguh dalam ibadah dan membangunkan keluarganya, mengajak anak-anaknya solat selama mereka mampu.”
4⃣ Mandi di antara Maghrib dan Isya'
🍂 Dari hadits Aisyah riwayat Ibnu Abi Ashim, Ibnu Jarir berkata,
“Ulama salaf menyukai untuk mereka mandi di setiap malam pada sepuluh terakhir (Ramadhan).”
☝🏼Demikian pula Imam an-Nakhai
5⃣ Memakai wangi-wangian sebagaimana riwayat Anas bin Malik
6⃣ Menggunakan pakaian terbaik yang dia miliki
7⃣ Mewangikan pakaian dan juga masjid dengan dupa (membakar gaharu) sebagaimana juga riwayat Ayub Sikhtiyani, Tsabit al-Bunani dan Humaid at-Thowil
☝🏼Ibnu Rajab berkata, “Demikian secara umum dalam ibadah seperti hari Jumaat dan Ied,
📖 Firman Allah :
خذوا زينتكم عند كل مسجد
“Dan gunakanlah perhiasanmu setiap kali kamu solat.”.” (Lathoif 207)
وفقنا الله وإياكم لطاعته
------------------------------
🌕 WA Salafy Malang Raya
♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻
📬 Diposting ulang hari Ahad, 20 Ramadhan 1442 H / 2 Mei 2021 M
🎀 Nisaa` As-Sunnah 🎀
Tags:
Ramadhan